Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Warga emas hilang ketika menjala ikan ditemui selamat

Panya Isamael 03/11/2025 (Last updated: 03/11/2025) 0 comments
IMG_20251103_114058

SERDANG – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran Taman Lestari Putra, Seri Kembangan malam semalam, ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Saharun Hashim, 74, dijumpai dalam keadaan sihat sekitar pukul 9.55 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas hampir 13 jam operasi dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dilaporkan hilang pada pukuk 8.47 malam semalam selepas tidak pulang ke rumah ketika keluar menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran kediamannya.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan menerima panggilan berhubung kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Operasi SAR dijalankan dalam radius 1.5 kilometer dari lokasi motosikal milik mangsa ditemui. Usaha pencarian turut dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia, keluarga mangsa dan penduduk taman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada pukul 10.20 malam berikutan keadaan gelap dan disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini.

“Mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Bomba Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: JPJ giat operasi perang lebih muatan, 2,398 saman dikeluarkan
Next: MCW ingatkan calon PRN Sabah utamakan integriti

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by