Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW ingatkan calon PRN Sabah utamakan integriti

Panya Isamael 03/11/2025 (Last updated: 03/11/2025) 0 comments
spr

KUALA LUMPUR – Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menegaskan bahawa integriti calon merupakan asas utama dalam memastikan demokrasi yang bersih dan berwibawa.

Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata rakyat Sabah berhak mengetahui latar belakang calon yang menawarkan diri sebagai pembuat dasar negeri agar mereka benar-benar bebas daripada sebarang rekod integriti yang meragukan.

“MCW memandang serius dakwaan serta persoalan umum tentang bagaimana individu yang sedang berdepan pertuduhan mahkamah, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mempunyai rekod salah laku lain masih boleh berada dalam radar pencalonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MCW tidak menuduh mana-mana pihak, namun menuntut agar semua proses pencalonan dilakukan dengan ketelusan, konsistensi dan berpandukan standard yang jelas.

Katanya lagi, isu integriti bukan sekadar soal kelayakan bertanding berdasarkan undang-undang, tetapi melibatkan nilai moral, akauntabiliti, kejujuran serta kepatuhan kepada prinsip pemerintahan yang bersih.

Sehubungan itu, MCW mengesyorkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil beberapa langkah penting bagi memperkukuh kepercayaan awam terhadap proses pilihan raya, antaranya mengumumkan garis panduan integriti calon secara jelas supaya rakyat memahami standard minimum integriti yang diterima.

"Selain itu, SPR perlu menjelaskan prosedur semakan latar belakang calon secara konsisten, termasuk ke atas calon penyandang dan baharu dan mewajibkan deklarasi integriti ringkas yang meliputi status kes jenayah, rasuah dan kes parti.

“Reformasi politik bukan hanya bergantung kepada siapa yang menjadi kerajaan, tetapi kepada siapa yang kita benarkan untuk menjadi calon,” katanya.

Jais menambah, jika PRN Sabah mahu dijadikan contoh kepada semangat Malaysia Baharu yang benar-benar bebas rasuah, maka usaha membina kepercayaan rakyat perlu bermula sejak hari penamaan calon, bukan selepas keputusan diumumkan.

“MCW akan terus menilai dan memantau proses ini sebagai suara rakyat yang mahu melihat demokrasi Malaysia dimartabatkan melalui integriti.

“Malaysia Bebas Rasuah bukan sekadar sloga, ia bermula dengan calon yang bersih,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Warga emas hilang ketika menjala ikan ditemui selamat
Next: Mapim isytihar gerakan global pertahan Al-Aqsa

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by