Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim isytihar gerakan global pertahan Al-Aqsa

Panya Isamael 03/11/2025 (Last updated: 03/11/2025) 0 comments
6a9c0379-39a9-472a-b568-febe4f7b3153

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menerusi platform globalnya, Gabungan Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (Manar), mengumumkan gerakan besar-besaran melibatkan ribuan masjid di seluruh dunia bagi mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa susulan cadangan provokatif ahli Kongres Amerika Syarikat untuk menyerahkan kawasan suci itu kepada Israel.

Cadangan resolusi berkenaan diketuai oleh ahli Kongres Claudia Tenney dan Clay Higgins, dengan sokongan kumpulan pelobi Zionis termasuk Zionist Organization of America serta Middle East Truth Foundation.

Mapim menyifatkan langkah itu sebagai pencerobohan agama yang melampau, selain melanggar undang-undang antarabangsa serta Perjanjian Wadi Araba 1994, yang mengiktiraf hak penjagaan Jordan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan ahli Kongres AS itu bukan sekadar isu diplomatik, sebaliknya merupakan serangan terang-terangan terhadap maruah dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

“Masjid Al-Aqsa bukan tapak politik untuk dirunding atau dituntut. Ia Qiblat pertama umat Islam dan simbol suci seluruh ummah. Mengisytiharkan kedaulatan Israel ke atas Al-Aqsa adalah mengisytiharkan perang terhadap maruah rohani umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu melampaui batas akidah dan kemanusiaan serta mampu mencetuskan ketegangan global jika tidak dibendung segera.

Dalam pada itu, Pengerusi Manar, Datuk Seri Syekh Ahmad Awang, memaklumkan bahawa pihaknya akan menggerakkan kempen global membabitkan masjid-masjid di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan terbuka terhadap cadangan resolusi tersebut.

Kataya, Manar turut merancang bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Al-Azhar, Majlis Masjid Sedunia dan Waqaf Islam Baitulmaqdis untuk membentuk Front Pertahanan Bersatu Masjid Sedunia demi mempertahankan status dan kehormatan Masjid Al-Aqsa.

Mapim dan Manar turut menyeru semua negara Islam agar mengambil langkah diplomatik tegas termasuk memanggil menghadap duta Amerika Syarikat, mengemukakan bantahan rasmi di peringkat antarabangsa serta membawa isu tersebut ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Dari Kuala Lumpur ke Istanbul, dari Jakarta ke Rabat, dari Makkah ke Johannesburg, semua masjid akan bangkit demi Al-Aqsa,” kata kenyataan bersama itu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW ingatkan calon PRN Sabah utamakan integriti
Next: Kereta ‘total lost’ dihimpit runtuhan batu di Ampang

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by