BAGAN DATUK – Pasukan bola tampar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk membuktikan keupayaan bersaing di pentas lebih tinggi apabila muncul naib johan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Perak Kali Ke-53 Tahun 2026.
Kejayaan itu sekali gus membanggakan PPD Bagan Datuk apabila barisan pemain dan jurulatih mempamerkan semangat juang, kerjasama berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi sepanjang kejohanan.
PPD Bagan Datuk menerusi hantaran di Facebook rasmi mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan atas pencapaian tersebut.
“Walaupun bergelar naib johan, pencapaian ini tetap membanggakan dan menjadi bukti bahawa PPD Bagan Datuk mampu bersaing di pentas yang lebih tinggi,” menurut hantaran itu.
Pencapaian berkenaan turut diharap menjadi pembakar semangat kepada pasukan untuk terus memperbaiki prestasi dan memburu kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.
“Teruskan perjuangan, kekalkan semangat kesukanan dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang,” katanya. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk
