Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

PDRM sedia kawal aksi Nepal–Malaysia

Panya Isamael 18/11/2025 (Last updated: 18/11/2025) 0 comments
file_00000000b5a8720786c7a1b498d3029d

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan segala persiapan keselamatan berada pada tahap optimum menjelang aksi kelayakan Kumpulan F Piala Asia 2027 antara Nepal dan Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asistan Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pasukan Nepal telah memilih Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue rasmi perlawanan timbal balik tersebut yang dijangka menarik kehadiran antara 5,000 hingga 10,000 penonton.

Katanya, pintu masuk stadium akan dibuka kepada orang ramai seawal 5.30 petang.

Menurutnya, PDRM melalui kerjasama pelbagai jabatan serta unit keselamatan telah merangka langkah kawalan rapi termasuk pemeriksaan badan dan barangan oleh marshal di setiap pintu masuk bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur hanya berperanan mengawal aliran trafik, manakala PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mencetuskan kekecohan atau provokasi.

"Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) atau Seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar)," katanya dalam kenyataan semalam.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di 03-9205 0222, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berhampiran. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Janaan AI

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Y-Hub Terengganu pacu usaha perkukuh indeks belia Malaysia
Next: Suami merajuk, isteri pujuk: Sampai bila isteri kena mengalah?

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by