YAB Perdana Menteri serta Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa program Jelajah Rapat Umum 27 Tahun Reformasi di Melaka. XX XXX 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission.
MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perjuangan selama 27 tahun mengajar beliau dan rakan seperjuangan erti tekad, sabar serta keyakinan bahawa kuasa mesti diolah dan diterjemah sebaiknya demi membela nasib rakyat.
Anwar berkata, kerajaan pimpinannya beriltizam melaksanakan agenda besar termasuk menurunkan harga minyak sehingga RM1.99 seliter, menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun tertangguh serta mengembalikan dana awam yang hilang.
“Kita buktikan bahawa kebijakan berasaskan teori ekonomi semata-mata tidak memadai, sebaliknya ia mesti diseimbangkan dengan ihsan, rahmah dan prinsip keadilan sosial. Inilah wajah sebenar reformasi yang kita perjuangkan dalam Kerajaan Madani,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.
Menurutnya, reformasi juga menuntut usaha menolak kebejatan, menghentikan ketirisan serta memastikan subsidi rakyat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan selain menjamin pembangunan yang seimbang tanpa mengira kaum dan wilayah.
Katanya, Malaysia mesti terus konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza serta menjunjung diplomasi tegas yang tidak menjejaskan pendirian ‘centrality’ negara. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim
