Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

‘Ulat’ kereta sewa dicekup di KLIA

Panya Isamael 28/09/2025 (Last updated: 28/09/2025) 0 comments
InCollage_20250928_103002237

SEPANG – Seorang pemandu kereta sewa tidak berlesen atau dikenali sebagai ‘ulat’ dicekup penguat kuasa selepas dipercayai menawarkan perkhidmatan pengangkutan haram di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Jumaat lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam kenyataan berkata, tangkapan itu dilakukan hasil intipan dan pemantauan rapi oleh Stesen Penguat Kuasa KLIA sebelum sebuah kenderaan jenis Perodua Alza bersama pemandunya ditahan serta disita bagi siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati suspek cuba memujuk dan merayu seorang penumpang warga Bangladesh untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutannya dari KLIA ke Petaling Jaya dengan tambang RM50 yang akan dibayar sebaik tiba di destinasi.

“Mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) dengan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mereka yang bersubahat dengan aktiviti ini juga boleh didakwa di bawah Seksyen 243(1) akta sama,” kata kenyataan itu.

JPJ dalam pada itu menasihatkan orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah sama ada melalui kaunter rasmi di Terminal 1 dan 2 KLIA atau aplikasi e-hailing yang berdaftar.

Sebarang aduan berkaitan trafik boleh disalurkan melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi e-aduan@JPJ dengan menyertakan butiran pengadu dan aduan lengkap. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JPJ Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Reformasi 27 tahun bukti tekad bela rakyat – Anwar
Next: Misi GSF hampir tiba ke Gaza kurang 400 batu nautika

Related Stories

Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0
koperasi Malaysia
  • NASIONAL

IAI Rawa Aopa, koperasi Malaysia jalin kerjasama perkasa penyelidikan

Panya Isamael 20/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by