Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Semangat taufan Al-Aqsa tidak pernah padam – Mapim

Panya Isamael 06/10/2025 (Last updated: 06/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini memperingati ulang tahun kedua pelancaran Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 yang disifatkan sebagai detik kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, operasi tersebut bukan sekadar tindakan ketenteraan tetapi simbol maruah, penentangan dan keazaman rakyat Palestin yang enggan tunduk kepada penjajahan biadab Israel.

Menurut beliau, meskipun Gaza masih bergelut dalam kehancuran selepas dua tahun, semangat perjuangan rakyatnya tidak pernah padam dan terus menjadi inspirasi kepada umat Islam di seluruh dunia.

“Taufan Al-Aqsa bukan serangan ia adalah jeritan rakyat yang ditinggalkan dunia. Dua tahun kemudian, jeritan itu telah menjadi panggilan kebangkitan sejagat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azmi berkata, Operasi Taufan Al-Aqsa telah memecahkan mitos “kebal” Israel serta membangkitkan semula semangat penentangan global terhadap penindasan kolonial.

Beliau menegaskan bahawa genosid di Gaza masih berterusan walaupun disaksikan seluruh dunia, dengan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan pemusnahan infrastruktur tanpa sebarang hukuman.

Katanya, kesedaran moral dan solidariti global terhadap Palestin kini semakin meningkat melibatkan pelajar universiti, kesatuan pekerja, artis dan agamawan di seluruh dunia.

Sehubungan itu, Mapim menyeru kerajaan-kerajaan di seluruh dunia supaya beralih daripada retorik kepada tindakan nyata dengan melaksanakan langkah-langkah tegas seperti boikot total terhadap Israel dalam semua aspek termasuk ekonomi, budaya dan diplomatik.

Tambahnya, pertubuhan itu turut mendesak pemecatan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta menuntut agar pemimpin rejim Zionis didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Selain itu, beliau menegaskan perlunya perlindungan diberikan kepada misi kemanusiaan antarabangsa seperti Global Sumud Flotilla yang terus mencabar sekatan haram ke atas Gaza demi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat yang tertindas.

Mapim turut menyeru umat Islam agar bersatu dan menjadikan semangat Taufan Al-Aqsa sebagai peringatan bahawa pembebasan Palestin hanya akan tercapai melalui kesatuan iman, solidariti dan perjuangan berasaskan keadilan.

Selain itu, pertubuhan itu mendesak OIC dan ASEAN agar mengambil pendirian tegas dan bersatu dalam mendesak penghentian genosid serta mewujudkan mekanisme perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.

“Mapim akan terus komited memperjuangkan keadilan untuk Palestin melalui diplomasi, kemanusiaan dan gerakan massa sehingga kebebasan dan maruah rakyatnya ditegakkan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW desak Motac jelaskan isu tajaan dan minuman keras majlis rasmi
Next: Pink Pilates hangatkan kempen Pink October

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by