KUALA TERENGGANU – Majlis penutupan Southeast Asia Olympiad Championship & Cultural Heritage berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.
Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Tan Sri Che Khalib Mohd Noh.
Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam; Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA), Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa Sayed Saadun Tarek Wafa; Pengerusi Koperasi HTK, Md Azmi A. Aziz.
Hadir sama, Konsultan REAL EDU Indonesia, Pak Muzamel; wakil Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Terengganu serta wakil Pengerusi ANGKASA Terengganu.
Majlis penutupan itu menjadi kemuncak penganjuran program yang menghimpunkan peserta dari rantau Asia Tenggara dalam bidang olimpiad dan warisan budaya. – DETIK MALAYSIA
