Skip to content
19/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Tenom jadi tumpuan tanaman koko negara

Panya Isamael 30/09/2025 (Last updated: 30/09/2025) 0 comments
IMG-20250930-WA0007

TENOM – Kawasan Tenom terus muncul sebagai pusat tumpuan tanaman koko utama negara apabila mencatatkan pengeluaran sebanyak 55 tan metrik, iaitu 47 peratus daripada keseluruhan hasil koko Sabah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, angka itu sekali gus menjadikan daerah tersebut sebagai penyumbang terbesar kepada pengeluaran biji koko negara.

“Dalam tempoh sama, Sabah menghasilkan kira-kira 118 tan metrik koko, iaitu 73 peratus daripada jumlah keseluruhan negara sebanyak 161 tan metrik. Ini membuktikan bahawa Tenom merupakan kawasan penting dalam industri koko tempatan,” katanya ketika merasmikan Kursus Pasca Tuai dan Penggredan Biji Koko Kering Zon Kemabong di Dataran Kemabong, di sini, pada Selasa.

Menurut Chan, permintaan terhadap koko tempatan semakin meningkat seiring harga pasaran yang melonjak sehingga 141 peratus kepada RM24,274 bagi satu tan metrik pada 2024 berbanding RM10,073 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Program Pemulihan Kebun Koko (2024-2026) membabitkan 2,084 petani di Sabah dengan keluasan 1,344 hektar dan peruntukan RM5 juta.

“Petani terlibat menerima insentif bernilai RM3,500 hingga RM4,000 sehektar berupa input dan peralatan pertanian. Di Zon Kemabong sahaja, seramai 118 peneroka dengan keluasan tanaman 103 hektar menerima manfaat tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, peserta kursus turut menerima baja, racun serangga, racun kulat serta 10 anak benih koko setiap seorang di bawah program galakan tanaman koko.

Chan berkata, kerajaan turut memperkenalkan Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan dengan peruntukan RM550,000 setahun sehingga 2030, yang menyasarkan tambahan 2,750 hektar kawasan tanaman koko di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

“Industri koko mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Saya berharap lebih ramai pengusaha estet mengambil peluang memperluaskan kawasan tanaman koko,” katanya.

Majlis berkenaan dianjurkan LKM sebagai sebahagian usaha berterusan membangunkan sektor huluan koko di pedalaman Sabah. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 9 lelaki ditahan kes buli jalan raya di Puchong
Next: Agenda pembangunan Bagan Datuk terus diperkasa

Related Stories

MINGGU SAINS NEGARA 2026 ZON TIMUR PENGUNJUNG HARI PERTAMA
  • NASIONAL

HARI PERTAMA PEMBUKAAN MINGGU SAINS NEGARA 2026 ZON TIMUR DISAMBUT MERIAH PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT

Panya Isamael 18/07/2026 0
Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

EMGS pilih Homestay Teluk Ketapang terima 80 mahasiswa antarabangsa

Panya Isamael 18/07/2026 0
azmi
  • NASIONAL

Pengurusan tanah perkuburan Islam perlu kekal di bawah JAWI, MAIWP

Panya Isamael 17/07/2026 0

TERKINI

  • HARI PERTAMA PEMBUKAAN MINGGU SAINS NEGARA 2026 ZON TIMUR DISAMBUT MERIAH PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT
  • EMGS pilih Homestay Teluk Ketapang terima 80 mahasiswa antarabangsa
  • Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS
  • Pengurusan tanah perkuburan Islam perlu kekal di bawah JAWI, MAIWP
  • Mapim kecam dakwaan serangan berhampiran hospital di Iran
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by