KUALA LUMPUR – Vibe Mobile dilancarkan di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan U Mobile bagi menawarkan pengalaman mudah alih berteraskan gaya hidup kepada pengguna digital masa kini.
Perkhidmatan berkenaan menggabungkan ketersambungan seluruh negara yang boleh dipercayai dengan ganjaran, manfaat eksklusif serta inovasi berfokuskan pelanggan yang memberikan nilai tambah kepada setiap langganan.
Ketua Pegawai Eksekutif Vibe Mobile, Joseph Lim berkata, pihaknya membangunkan Vibe Mobile berdasarkan prinsip bahawa pelan mudah alih seharusnya menawarkan nilai yang melangkaui ketersambungan semata-mata.
“Walaupun prestasi rangkaian yang andal kekal penting, pengguna hari ini mahukan pengalaman yang lebih relevan serta memberikan ganjaran.
“Vibe Mobile menggabungkan ketersambungan, ganjaran dan manfaat gaya hidup dengan cara yang memastikan setiap langganan memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami,” katanya.
Menurutnya, Vibe Mobile yang dikuasakan rangkaian ULTRA5G U Mobile menawarkan lebih daripada sekadar ketersambungan menerusi gabungan pelan mudah alih, ekosistem ganjaran, keistimewaan gaya hidup serta ciri digital.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna U Mobile, Navin Manian berkata, kerjasama berkenaan mencerminkan usaha pihaknya memperluaskan nilai rangkaian ULTRA5G melangkaui produk dan perkhidmatan U Mobile.
“Vibe Mobile membawa penawaran gaya hidup yang unik ke pasaran dan kami percaya ini akan menyumbang kepada pilihan serta nilai tambah yang lebih besar bagi pengguna Malaysia seiring dengan perkembangan keperluan digital mereka,” katanya.
Sebagai teras kerjasama itu, rangkaian ULTRA5G U Mobile membolehkan pelanggan Vibe Mobile menikmati ketersambungan pantas dan boleh dipercayai di seluruh Malaysia, termasuk liputan 5G serta antara liputan dalam bangunan paling komprehensif di negara ini.
Liputan berkenaan membolehkan pelanggan menikmati ketersambungan di lokasi komersial, kediaman dan destinasi gaya hidup, sekali gus menyokong pengalaman mudah alih yang lancar.
Selain pelan mudah alih dikuasakan U Mobile, Vibe Mobile turut membangunkan ekosistem gaya hidup berdasarkan minat, kecenderungan dan gaya hidup pengguna.
Antaranya termasuk manfaat untuk pengembara yang memerlukan ketersambungan ketika bergerak, pencinta makanan yang mencari pengalaman santapan eksklusif, pemain permainan video yang mengutamakan pengalaman digital berprestasi tinggi serta peminat muzik dan hiburan.
Ekosistem berkenaan akan terus berkembang menerusi pelbagai kerjasama, ganjaran dan pengalaman baharu yang disasarkan kepada kumpulan pelanggan yang luas.
Dalam pada itu, Vibe Mobile Points menjadi antara teras pengalaman pengguna menerusi program kesetiaan yang membolehkan pelanggan memperoleh mata ganjaran melalui langganan dan interaksi mereka di platform.
Vibe Mobile turut membangunkan ganjaran berkaitan pelancongan menerusi kerjasama dengan jenama pelancongan dan gaya hidup, selain menawarkan pelbagai pengalaman eksklusif kepada pelanggan.
Konsep berkenaan dibina berasaskan falsafah Connect. Earn. Redeem. Experience.
Selain ganjaran, Vibe Mobile sedang membangunkan inovasi berfokuskan pelanggan termasuk peruntukan data lebih besar, ciri pemindahan baki data serta fungsi pada masa hadapan yang membolehkan pelanggan menukar data tidak digunakan kepada ganjaran tambahan.
Vibe Mobile turut meneroka penyelesaian perlindungan siber dan perlindungan peribadi bagi membantu pelanggan mengurus kehidupan digital dengan lebih selamat.
Pelancaran berkenaan menjadi permulaan kepada usaha Vibe Mobile untuk menggabungkan ketersambungan yang boleh dipercayai dengan ganjaran dan manfaat gaya hidup, selain memperkenalkan lebih banyak kerjasama, inovasi serta pengalaman pelanggan baharu dari semasa ke semasa.
Maklumat lanjut mengenai Vibe Mobile boleh diperoleh menerusi laman web Vibe Mobile.
Terletak di kawasan yang dikelilingi tarikan seperti Legoland Malaysia, EduCity dan Puteri Harbour, cawangan itu menyasarkan keperluan keluarga tempatan, ekspatriat serta golongan yang berulang-alik merentasi sempadan.
Cawangan baharu berkenaan menawarkan pelbagai hasil segar tempatan dan produk import premium termasuk buah-buahan serta sayur-sayuran dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand selain hasil tempatan dari Cameron Highlands.
Turut disediakan ialah pilihan potongan daging berkualiti tinggi, makanan laut segar, produk eksklusif dari Australia menerusi Woolworths, makanan organik dan kesihatan untuk gaya hidup vegan, keto serta bebas gluten, selain seksyen deli yang menawarkan bakeri artisan dan hidangan siap dinikmati.
Pihak pengurusan Horizon Mall berkata, pemilihan Village Grocer sebagai pasar raya utama selari dengan visi pusat beli-belah itu untuk menjadi destinasi gaya hidup premium yang menitikberatkan kualiti, kemudahan dan hubungan dengan komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Mr. Kok berkata, kehadiran Village Grocer dalam ekosistem runcit Horizon Mall membolehkan pihaknya terus mendekati pengguna selain menjadikan barangan runcit premium lebih mudah diakses komuniti setempat.
Sempena pembukaan, Village Grocer Horizon Mall menawarkan pelbagai ganjaran dan tawaran khas kepada pelanggan serta ahli BITES dari 3 September hingga 4 Oktober 2026, termasuk promosi Bumper Bonanza dan hadiah pembukaan pada 3, 10, 17 dan 24 September.
Ahli BITES juga berpeluang menerima beg beli-belah bukan tenunan secara percuma dengan perbelanjaan RM30 dan ke atas dalam satu resit pada 3 September, selain mengumpul satu mata BITES bagi setiap RM2 yang dibelanjakan.
Dalam pada itu, cawangan tersebut turut komited terhadap kelestarian dengan tidak menyediakan beg plastik di kaunter pembayaran dan menggalakkan pelanggan membawa beg guna semula.
Village Grocer Horizon Mall dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. – DETIK MALAYSIA
