Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

4 anak Melayu kekal 30 tahun jadi pengadil dunia

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
FB_IMG_1765278722895

NAKHON PATHOM, Thailand - Empat anak Melayu dari Malaysia dan Singapura terus mengharumkan nama rantau ini apabila kekal berkhidmat sebagai pengadil sepaktakraw antarabangsa hampir tiga dekad, menjadikan mereka antara watak paling dihormati dalam dunia kepengadilan sukan warisan nusantara itu.

Mereka ialah Mohammad Radhi Che Me, 70, Singapura; Shamsul Kahar Lop, 65, Singapura; Mohd Zubir Shaari (Malaysia) dan Ghazali Marali (Malaysia).

Kesemua mereka telah mengadili ratusan kejohanan antarabangsa termasuk peringkat Asia, Asia Tenggara, Piala Dunia ISTAF, Siri Super, selain Sukan SEA dan Sukan Asia sejak lebih 30 tahun lalu.

Walaupun sudah mencecah usia 60 hingga 70 tahun, keempat-empat pengadil ini tetap bertenaga dan berwibawa mengendalikan perlawanan yang semakin pantas serta mencabar.

Mereka berpegang kepada prinsip jelas bahawa ilmu undang-undang permainan, disiplin diri, serta kejujuran adalah tonggak utama seorang pengadil.

Bagi mereka, tekanan, protes, dan situasi tegang adalah ‘makanan harian’ yang mesti ditangani dengan ketegasan serta fokus penuh. Mereka menekankan pengadil perlu command the court, tidak gentar dengan sorakan penonton, kerenah pemain atau percaturan jurulatih.

Sokongan keluarga turut dianggap kekuatan moral yang memastikan mereka terus setia di arena antarabangsa.

Salah seorang tokoh utama, Radhi Che Me, bekas anggota polis Singapura, menyimpan detik paling bersejarah ketika mengadili perlawanan emas Malaysia di Cebu, Filipina pada 2005.

Malaysia menang 21–11, 21–13 dalam suasana penuh tekanan dengan puluhan protes terhadap keputusan beliau.

Namun Radhi teguh dengan pegangan: “Apa yang saya lihat, itulah yang saya putuskan.”

Beliau juga pernah berdepan insiden panas di Kuala Lumpur 2017 apabila pasukan Indonesia menarik diri dan menuduhnya berat sebelah. Serangan media sosial lebih 3 juta pengguna tidak menggoyah pendiriannya, malah beliau menjelaskan isu tersebut berpunca daripada kegagalan pihak lawan memaklumkan perubahan undang-undang.

Keempat-empat mereka turut menitip pesan tegas buat pengadil muda.

“Jangan takut membuat keputusan. Jangan jual maruah. Kuasai undang-undang, berdisiplin, dan kekalkan integriti. Jika mahu berbuat salah, tinggalkan sport ini. Pengadil bukan untuk disogok. Pengadil menjaga keadilan," kata mereka.

Radhi turut meluahkan rasa bangga apabila anak perempuannya sendiri kini bergelar pengadil antarabangsa sejak 2008, satu legasi yang disifatkannya sebagai hadiah terbesar dalam kerjaya.

Empat pengadil Melayu ini bukan sekadar mencatat nama dalam rekod sukan antarabangsa, malah membawa maruah dan integriti sepaktakraw nusantara ke pentas global. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Delegasi Chinlone Myanmar jumpa Abdul Halim, bincang masa depan sukan warisan ASEAN
Next: Sukan SEA 2025 : Skuad Harimau Malaya bergelut hadapi gelora Vietnam

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by