YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menghadiri Seminar SPM Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh, Perak. 11 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may req
IPOH – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan ketinggian akhlak, moral dan etika hidup dalam melahirkan generasi pelajar yang berilmu serta berperibadi mulia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan bukan sekadar untuk memperoleh ilmu dan meningkatkan martabat diri, tetapi juga menjadi wadah membentuk insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
“Saya tekankan bahawa kecemerlangan akademik mesti seiring dengan ketinggian akhlak, moral dan etika hidup,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar menyertai Seminar SPM Cemerlang: Saya Pelajar MADANI Cemerlang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, di sini, yang menghimpunkan ribuan pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangan terhadap laporan mengenai masalah disiplin dan gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, institusi pendidikan perlu menjadi medan membina manusia yang baik, bertanggungjawab dan berakhlak mulia, bukan sekadar melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.
Anwar turut menekankan kepentingan membanteras budaya buli di sekolah, sambil menyifatkannya sebagai isu serius yang memerlukan tindakan tegas.
“Kerajaan kini menggubal undang-undang anti-buli bagi melindungi pelajar serta memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berperikemanusiaan,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim