Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

104 unit rumah diarah dikosongkan akibat runtuhan cerun

Panya Isamael 24/11/2025 (Last updated: 24/11/2025) 0 comments
b9d8bb26-ff21-409f-bf4c-9a03bfea8f05

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran Pangsapuri Kos Rendah, Jalan Sepadu 6, Taman United memaksa lebih 100 unit kediaman dikosongkan, pagi tadi

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, laporan diterima pada 11.02 pagi, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera FRT, sebuah jentera Utiliti dan 11 anggota.

Ketua Balai, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat, berkata kejadian membabitkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter yang menimpa dua kereta serta beberapa motosikal.

“Sebuah kereta tertimbus, manakala sebuah lagi tumbang. Runtuhan tanah tersebut turut memasuki kawasan pangsapuri berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera DBKL, sebanyak dua blok rumah melibatkan 104 unit serta premis berhampiran telah diarahkan untuk dikosongkan.

Arahan itu dibuat susulan pergerakan tanah yang masih berlaku selain keadaan cuaca yang hujan lebat.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak bomba masih berada di lokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Bomba KL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: RM105 juta lesap, mangsa pakat serbu SPRM
Next: DBKL turun segera pantau di pergerakan tanah Taman United, Medang Tanduk

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by