Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Rogol pelajar Tingkatan 3: Empat calon SPM direman enam hari

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
1863650


MELAKA – Empat pelajar lelaki Tingkatan Lima yang disyaki merogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam sebuah kelas di Alor Gajah, minggu lalu, direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 16 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.

“Kes menimpa mangsa berusia 15 tahun masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, S.R. Arthana.

Terdahulu, kejadian rogol bergilir itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek Sains yang tertinggal.

Mangsa dipercayai diheret ke dalam kelas sebelum dirogol dua daripada suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan keji itu menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar petang semalam selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video kejadian daripada pihak sekolah sebelum membuat laporan polis. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bas ekspres terbabas, satu maut, 18 cedera
Next: KPM tidak berkompromi kes salah laku seksual di sekolah

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by