Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Bersatu Perak sasar tawan Parlimen Bagan Datuk

Panya Isamael 12/10/2025 (Last updated: 12/10/2025) 0 comments
FB_IMG_1760259025069

BAGAN DATUK – Parlimen Bagan Datuk disasarkan menjadi antara kawasan tumpuan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menjelang pilihan raya akan datang.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gerak kerja menyantuni masyarakat Bagan Datuk perlu dilaksanakan dengan tekun serta perancangan yang rapi bagi memastikan parti berada dalam keadaan siap siaga menghadapi cabaran semasa politik.

“Perjumpaan ini mencerminkan kesediaan Bersatu Bagan Datuk untuk mengorak langkah dengan lebih komited dan jitu. Jabatan Pilihan Raya Negeri turut memberi taklimat mengenai senario semasa serta cabaran yang bakal dihadapi menjelang pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua BPN bersama pimpinan Bersatu Bahagian Bagan Datuk yang diketuai Ketua Bahagian, Datuk Azhar Anuar, di sini.

Turut hadir Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Tun Faizal Ismail Aziz, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad, Exco Armada Malaysia, Halim Nayan, Setiausaha BPN Perak, Nadziruddin Mohamed Bandi, serta Pengarah Pilihan Raya Bersatu Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri bersama barisan pimpinan negeri yang lain.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menghadiri program anjuran Sayap Bersekutu Bagan Datuk yang diketuai Ganeson Awarajoo di Kampung Bernam, Simpang Ampat, Hutan Melintang.

Dalam program berkenaan, beliau menyampaikan sumbangan khas sempena sambutan Deepavali selain beramah mesra dengan masyarakat India setempat yang menyambut baik kehadiran pimpinan Bersatu.

“Alhamdulillah, semua program yang dirancang berjalan lancar. Dengan semangat yang kuat dan berterusan, saya yakin Bersatu akan terus diyakini sebagai wadah yang membela rakyat,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Faizal Azumu

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sekolah seharusnya jadi tempat paling selamat – Nancy
Next: Wartawan Palestin maut ditembak, angka korban pengamal media melebihi 270 orang

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
kamari kasan
  • POLITIK

Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum

Panya Isamael 26/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by