Skip to content
30/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Wartawan Palestin maut ditembak, angka korban pengamal media melebihi 270 orang

Panya Isamael 13/10/2025 (Last updated: 13/10/2025) 0 comments
Screen-Shot-2025-10-13-at-8.49.09-AM

GAZA – Wartawan Palestin terkenal, Saleh Aljafarawi, 28, dilaporkan maut selepas ditembak individu bersenjata di Bandaraya Gaza semalam, menjadikan jumlah kematian pengamal media di wilayah bergolak itu melebihi 270 orang sejak perang tercetus pada Oktober 2023.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan tubuh Aljafarawi terbaring di belakang sebuah trak dengan jaket keselamatan bertanda ‘PRESS’ masih dipakainya ketika kejadian.

Video berkenaan kemudian disahkan keasliannya oleh agensi pengesahan Sanad milik Al Jazeera, sekali gus mengesahkan kematian wartawan berpengaruh itu.

Menurut laporan, insiden berlaku ketika pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan Palestin dan kumpulan bersenjata di kejiranan al-Sabra, kawasan yang antara paling teruk musnah akibat serangan berterusan.

Aljafarawi sebelum ini berpindah dari Gaza utara dan dikenali ramai melalui laporan lapangan serta rakaman video yang memaparkan kesan kemusnahan dan penderitaan rakyat Palestin.

Beliau juga pernah mendedahkan menerima ancaman daripada pihak Israel susulan pendedahan dan dokumentasi visual yang dikongsikannya menerusi media sosial serta agensi berita antarabangsa.

Menurut badan pemantau media antarabangsa, konflik Israel-Gaza kini disifatkan sebagai antara peperangan paling berbahaya buat pengamal media dalam sejarah moden, dengan jumlah korban wartawan terus meningkat saban bulan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bersatu Perak sasar tawan Parlimen Bagan Datuk
Next: Zaqhwan Zaidi didenda, dikenakan penalti Long Lap di Buriram

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
  • Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC
  • Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang
  • MAPIM calls for MADANI approach to Rohingya issue in Malaysia
  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by