Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Ejen haram Imigresen ditahan di Putrajaya

Panya Isamael 09/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
WhatsApp Image 2025-10-08 at 6.56.05 PM (1) (1)

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen tanpa kebenaran dalam satu Operasi Khas di sekitar Putrajaya pada Selasa lalu.

Operasi yang bermula pukul 4.10 petang itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, hasil risikan selama dua minggu.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, berkata suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan bersama lapan naskhah pasport India serta sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

“Turut disita sebuah kenderaan jenis Honda CR-V yang dipercayai digunakan suspek bagi urusan penghantaran dan pengambilan pasport pelanggan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah menawarkan perkhidmatan pemprosesan dokumen imigresen seperti Pas Khas dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dengan menyasarkan warga India yang menetap di sekitar Lembah Klang.

“Bayaran yang dikenakan antara RM400 hingga RM1,500 bagi setiap perkhidmatan, walaupun suspek tiada sebarang kebenaran rasmi daripada JIM atau surat kuasa mewakili majikan,” katanya.

Semakan turut mendapati suspek pernah ditahan pada tahun 2024 atas kesalahan sama dan telah dikenakan hukuman ketika itu.

Menurutnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia turut diberikan notis hadir bagi membantu siasatan.

“Jabatan Imigresen akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang menyalahi undang-undang, demi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kewarganegaraan 7 pemain warisan sah dari segi undang-undang
Next: Penyanyi rugi RM380,000 ditipu lelaki bergelar ‘Datuk’

Related Stories

IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by