Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Penyanyi rugi RM380,000 ditipu lelaki bergelar ‘Datuk’

Panya Isamael 09/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
941cdc23-3b47-45be-864d-2d2550839e0d

KUALA LUMPUR – Penyanyi tempatan, Winnie Kok atau lebih dikenali sebagai Winnie K, kerugian kira-kira RM380,000 selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Datuk’ kononnya menawarkan peluang menjadi duta jenama projek hartanah mewah.

Winnie berkata, dia mengenali lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai pemaju hartanah menerusi seorang rakan rapat yang juga pengacara televisyen pada September tahun lalu.

“Dia menghubungi saya melalui aplikasi WeChat dan berjanji untuk melantik saya sebagai duta eksklusif dengan bayaran antara RM800,000 hingga RM1 juta.

“Namun, dia meminta saya memindahkan sejumlah wang sebagai ‘yuran pelaksanaan projek’. Rakan saya turut menunjukkan baki e-dompet miliknya, jadi saya percaya dan membuat beberapa pembayaran,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA pada Khamis.

Menurutnya, antara September dan Oktober 2023, dia menyerahkan wang berjumlah kira-kira RM350,000 secara tunai dan dalam talian, sebelum jumlah keseluruhan meningkat kepada RM380,000 selepas lelaki itu berjanji untuk memulangkan semula wang berkenaan dalam beberapa hari.

“Selepas itu dia terus menghilangkan diri. Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Oktober tahun lalu. Kejadian ini memberi kesan emosi dan mental yang sangat mendalam kerana ia hasil titik peluh saya,” ujarnya.

Winnie berkata, dia akhirnya tampil selepas hampir dua tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.

“Saya berdiam diri sebelum ini kerana tidak mahu keluarga bimbang, tetapi kini saya mahu orang ramai sedar betapa mudahnya kita boleh terpedaya dengan penipuan seperti ini,” katanya.

Turut hadir, peguam Esther Hor dan Presiden Persatuan Seni, Acara Langsung, Konsert dan Festival Malaysia (ALIFE), Datuk Alan Foo.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata pihaknya membantu Winnie dan beberapa mangsa lain dari segi khidmat guaman serta sokongan emosi.

“Beberapa wanita turut membuat aduan sama, ditipu lelaki bergelar ‘Datuk’ yang menggunakan urusan perniagaan palsu untuk memperdaya mangsa.

“Kami menyeru semua mangsa tampil dan jangan berdiam diri. Jangan bertindak melulu atau menyakiti diri sendiri dapatkan bantuan segera,” katanya.

Beliau menambah, pendedahan kes sebegini penting bagi memberi keadilan kepada mangsa dan mencegah orang ramai daripada diperdaya individu yang menyalahgunakan gelaran serta kedudukan sosial untuk menipu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ejen haram Imigresen ditahan di Putrajaya
Next: Harimau Malaya benam Laos 3-0, terus ungguli Kumpulan F

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar

Arisna Wiguna 21/07/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by