Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Harimau Malaya benam Laos 3-0, terus ungguli Kumpulan F

Panya Isamael 09/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
558981903_122148991142803027_4943569301595279824_n

VIENTIANE – Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 selepas menundukkan Laos 3-0 pada aksi Kumpulan F di Stadium Nasional Laos KM16, malam tadi.

Sejak wisel permulaan, skuad Harimau Malaya tampil garang dengan corak permainan menyerang dan tekanan tinggi yang memaksa benteng Laos bekerja keras mengekang asakan pelawat.

Malaysia hampir membuka jaringan seawal minit ke-12 menerusi percubaan melengkung Arif Aiman Hanapi yang sedikit tersasar, manakala Laos dilihat bergelut mengekang kepantasan serta ketajaman barisan depan Malaysia.

Bagaimanapun, meskipun menguasai sebahagian besar permainan, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan selepas 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus menggandakan tekanan dan hampir berada di depan pada minit ke-46 apabila tandukan Romel Morales hasil hantaran La’Vere Corbin-Ong berjaya dikeluarkan pertahanan Laos di atas garisan gol.

Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-53 apabila Arif Aiman bijak memanfaatkan bola muntah hasil sepakan penjuru untuk menolak masuk gol pembukaan Malaysia.

Kedudukan bertambah selesa pada minit ke-69 selepas Dion Cools menyambar bola muntah daripada percubaan Morales yang ditepis penjaga gol Laos bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Kemenangan Malaysia kemudian dimuktamadkan pada masa kecederaan (90+6’) menerusi penyudah kemas pemain gantian, Faisal Halim, yang menolak bola masuk hasil gerakan pantas rakan sepasukan.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia mengutip tiga mata berharga sekali gus terus mendahului Kumpulan F dan semakin hampir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan kembali beraksi di laman sendiri bagi perlawanan timbal balik menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Penyanyi rugi RM380,000 ditipu lelaki bergelar ‘Datuk’
Next: 9 delegasi Malaysia selamat, tiada kecederaan

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by