KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (FIVB) meluahkan rasa terkejut dan dukacita susulan laporan beberapa pemain bola voli muda Iran terkorban akibat serangan melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel sejak hujung minggu lalu.
Konflik yang tercetus di Timur Tengah itu bukan sahaja meragut nyawa orang awam, malah turut memberi kesan langsung kepada komuniti sukan, termasuk atlet bola voli Iran yang menjadi mangsa keadaan.
Dalam satu kenyataan rasmi, FIVB menyifatkan situasi tersebut sebagai amat membimbangkan.
āFIVB terkejut dan sangat prihatin dengan laporan beberapa pemain voli muda di Iran tewas dalam situasi keamanan yang semakin memburuk di Timur Tengah dan wilayah yang lebih luas,ā menurut kenyataan badan induk dunia itu.
FIVB turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terkesan dengan krisis berkenaan.
āKami menyampaikan belasungkawa terdalam kepada keluarga yang terlibat dan semua yang terkena dampak krisis yang sedang berlangsung ini,ā jelas kenyataan itu lagi.
Dalam masa sama, FIVB memaklumkan puluhan ribu keluarga besar bola voli di rantau tersebut terpaksa berpindah dan kini berdepan masa depan yang tidak menentu.
Sebagai langkah segera, FIVB menubuhkan satu pasukan petugas khas (task force) bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dan memastikan keselamatan atlet, jurulatih, pegawai serta sukarelawan yang berada atau terkandas di kawasan konflik.
āFokus FIVB sekarang adalah memastikan keselamatan semua atlet voli, pelatih, staf dan sukarelawan yang berbasis di atau mengunjungi wilayah tersebut,ā jelas badan itu.
Pasukan khas tersebut akan bekerjasama dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi berkaitan bagi mempercepat usaha bantuan kemanusiaan.
Dalam pada itu, FIVB turut menyeru komuniti antarabangsa agar memainkan peranan meredakan ketegangan dan mencari jalan damai.
āFIVB sangat percaya pada pentingnya kolaborasi, dialog, perdamaian dan solidaritas. Sejalan dengan nilai-nilai ini, FIVB menyerukan kepada komunitas internasional untuk membantu meredakan ketegangan dan mencari solusi damai,ā tegasnya.
Konflik berterusan itu sekali lagi membuktikan bahawa sukan tidak terkecuali daripada tempias peperangan, apabila atlet yang sepatutnya berjuang di gelanggang menjadi mangsa keadaan di medan sebenar. – DETIK MALAYSIA