Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Harga tiket aksi persahabatan Uruguay diturunkan

Panya Isamael 09/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
Screenshot_20251009_115835

KUALA LUMPUR - Demam bola sepak kembali melanda tanah air apabila perlawanan persahabatan sedunia bintang Uruguay dijangka tetap membara meskipun tanpa kehadiran beberapa bintang ternama skuad La Celeste seperti Federico Valverde, Ronald Araújo dan Manuel Ugarte.

Dua aksi antarabangsa Tahap 1 FIFA membabitkan Uruguay akan berlangsung minggu ini, bermula dengan pertembungan menentang Republik Dominica di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok diikuti perlawanan kedua menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 13 Oktober.

Menurut penganjur, skuad kendalian jurulatih berpengalaman Marcelo Bielsa itu tetap bakal menampilkan aksi penuh bertenaga dan profesional, biarpun tanpa beberapa pemain utama yang baru selesai menyertai kempen kelayakan Piala Dunia.

“Biarpun keadaan luar jangka menyebabkan beberapa tonggak tidak dapat hadir, kedua-dua perlawanan ini tetap diiktiraf secara rasmi oleh FIFA sebagai perlawanan antarabangsa Tahap 1. Ia menjamin mutu persaingan tertinggi serta nilai kesukanan sejati,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, sebagai tanda penghargaan kepada peminat, harga tiket bagi kedua-dua perlawanan telah disemak semula dan diturunkan agar lebih mampu milik untuk seisi keluarga.

“Peminat yang telah membeli tiket sebelum pengumuman ini layak menerima pulangan wang penuh, manakala tiket baharu dengan harga yang disemak semula kini boleh didapati bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai penonton,” katanya.

Tambah beliau, penganjur mahu memastikan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan sama ada penyokong tegar bola sepak atau penonton biasa dapat menyaksikan sendiri kehangatan bola sepak antarabangsa di bumi Malaysia.

Bielsa dijangka memanfaatkan perlawanan ini bagi memberi peluang kepada muka baharu menggantikan pemain berstatus bintang seperti Valverde, Ugarte, Jimenez, Darwin Nunez dan De Arrascaeta.

Antara pemain yang dipanggil menyertai skuad kali ini ialah Puma Rodríguez (Vasco da Gama), Emiliano Martinez dan Facundo Torres (Palmeiras), serta Ignacio Laquintana.

Sementara itu, skuad Republik Dominica yang dikendalikan Marcelo Neveleff turut memulakan latihan pertama mereka pada Selasa dengan menampilkan beberapa pemain dikenali seperti Heinz Morschell, Noah Dollenmeier, Jimmy Caparos dan Edison Ascona. - DETIK MALAYSIA

Jadual Perlawanan:

🇺🇾 Uruguay vs Republik Dominica
📅 10 Oktober 2025
📍 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

🇺🇾 Uruguay vs Uzbekistan
📅 13 Oktober 2025
📍 Stadium Hang Jebat, Melaka

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bot penumpang ditahan bawa lebih muatan
Next: Kewarganegaraan 7 pemain warisan sah dari segi undang-undang

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by