Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Ibu buat laporan polis syak anak perempuan 13 tahun dirogol

Panya Isamael 04/11/2025 (Last updated: 04/11/2025) 0 comments
1863650

RAWANG – Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ditahan polis selepas disyaki menodai seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.15 malam.

“Siasatan awal mendapati pengadu merupakan ibu kepada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun. Mangsa dipercayai telah dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-6126 2222 bagi membantu siasatan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen
Next: Kuasa asing mesti hentikan campur tangan di Sudan – Mapim

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by