Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Kuasa asing mesti hentikan campur tangan di Sudan – Mapim

Panya Isamael 04/11/2025 (Last updated: 04/11/2025) 0 comments
568404067_1308197877655943_8611176322546057454_n

SHAH ALAM – Konflik berterusan di Sudan yang kini menghampiri kehancuran total dan boleh menjadikan negara itu sebuah negara gagal jika tidak dikawal segera.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, apa yang bermula sebagai pertikaian politik dalaman kini telah bertukar menjadi peperangan besar yang memusnahkan perpaduan negara serta mengancam kestabilan seluruh rantau Afrika.

Menurutnya, campur tangan kuasa luar telah memperdalam perpecahan dalaman Sudan, manakala kepentingan geopolitik kuasa serantau dan global hanya menyalakan lagi api peperangan serta memanjangkan penderitaan rakyat.

“Sudan tidak boleh dijadikan gelanggang percaturan perang proksi. Kedaulatan negara itu mesti dihormati dan segala bentuk campur tangan asing sama ada ketenteraan, politik mahupun ekonomi perlu dihentikan segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azmi berkata, masa depan Sudan adalah hak mutlak rakyatnya sendiri dan bukan ditentukan oleh kuasa luar yang mahu mengawal sumber serta mempengaruhi hala tuju politik negara tersebut.

Sehubungan itu, Mapim menyeru Kesatuan Afrika, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar segera bersatu dan bertindak tegas dengan menubuhkan platform mediasi bersama bagi mencapai gencatan senjata, melindungi orang awam dan memulakan dialog nasional yang menyeluruh.

Tambahnya, kesan kemanusiaan akibat perang di Sudan amat parah apabila lebih 10 juta penduduk hilang tempat tinggal, infrastruktur musnah dan kebuluran semakin merebak, namun dunia masih berdiam diri.

“Situasi ini tidak boleh diterima. Komuniti antarabangsa mesti bertindak segera untuk mengelakkan Sudan daripada menjadi seperti Yaman, Libya atau Syria,” katanya.

Menurutnya, Mapim menggesa negara-negara Islam, khususnya menerusi OIC, mempergiatkan bantuan kemanusiaan, memperkukuh diplomasi dan menolak sebarang penyelesaian ketenteraan yang dipaksakan oleh kuasa luar.

“Keamanan dan keadilan di Sudan hanya boleh dibina oleh rakyatnya sendiri, berpaksikan hikmah dan dilindungi daripada kerakusan kuasa asing,” katanya.

Mohd Azmi berkata, jika Sudan dibiarkan jatuh menjadi negara gagal, ia bukan sahaja tragedi besar kepada Afrika tetapi juga satu amaran kepada dunia tentang akibat permainan kuasa global yang menghancurkan negara atas nama “penstabilan” dan “misi keamanan”.

“Tindakan mesti diambil sekarang. Hentikan campur tangan kuasa asing di Sudan dan biarkan rakyatnya membina semula negara dengan maruah serta kedaulatan,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ibu buat laporan polis syak anak perempuan 13 tahun dirogol
Next: Pelantikan Datuk Bandar Islam di New York dan London bagi mesej kepada dunia

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by