Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen

Panya Isamael 04/11/2025 (Last updated: 04/11/2025) 0 comments
IMG-20251104-WA0008

PELABUHAN KLANG – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas dikesan melanggar syarat sah lesen di kedudukan 12.7 batu nautika barat daya Sabak Bernam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang oleh Kapal Maritim yang sedang melaksanakan rutin operasi di perairan Selangor.

“Semasa rondaan, Kapal Maritim mengesan vesel kelas C berkenaan sedang leka menjalankan aktiviti menangkap ikan di bawah 15 batu nautika dan memberi kerjasama semasa pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan seorang tekong berusia 33 tahun bersama tiga awak-awak warga Myanmar berusia antara 19 hingga 24 tahun.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas vesel berkenaan.

“Selain itu, pemeriksaan turut mendapati vesel tersebut menggunakan mata pukat bersaiz 14 milimeter, sekali gus melanggar syarat sah lesen,” jelasnya.

Tambahnya, tekong dan kru ditahan bersama 100 kilogram hasil tangkapan ikan campur sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen termasuk tidak memiliki surat kebenaran atau permit kerja, menggunakan pukat bersaiz kurang 38 milimeter dan menjalankan aktiviti di zon tidak dibenarkan.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kesemua kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti perikanan haram di perairan negeri ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kejadian jenayah di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di 03-3176 0627 untuk tindakan segera. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Maritim Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Rayuan FAM ditolak FIFA
Next: Ibu buat laporan polis syak anak perempuan 13 tahun dirogol

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by