KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa rayuan mereka kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah ditolak.
Pemangku Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata pihak FAM akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis berhubung keputusan itu sebelum mengambil langkah seterusnya untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).
“Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, FAM menegaskan pihaknya akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain serta kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa. - KOSMO! ONLINE
