Skip to content
15/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Jangan beri ruang kepada Bangkok United

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
552106753_1371050817724224_7207932073969759232_n

ISKANDAR PUTERI – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak leka dan mengelak daripada memberi sebarang ruang kepada Bangkok United menjelang aksi kedua Shopee Cup 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini.

Amaran itu hadir selepas skuad Harimau Selatan meraih keyakinan tinggi hasil kemenangan besar 8-0 ke atas Sabah dalam saingan Liga Super hujung minggu lalu.

Sebaliknya, lawan mereka dari Thailand berkunjung ke Johor dengan moral yang sedikit terjejas selepas tunduk kepada gergasi Liga Thai, Buriram United.

Mengulas mengenai cabaran Bangkok United, Muñoz mengingatkan bahawa lawan kali ini tetap berbahaya jika diberi peluang walaupun JDT memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Perlawanan antara Bangkok United dan Buriram sebelum ini membuktikan kedua-dua pasukan berupaya menang, sama seperti ketika kami sendiri berdepan Thunder Castle (Buriram),” katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan pada Rabu.

“Dengan sokongan penyokong di gelanggang sendiri, kami mesti pamerkan mentaliti, kekuatan dan karakter pada tahap tertinggi. Jika beri ruang, Bangkok United akan hukum kita dengan cepat,” jelasnya.

JDT kini berada dalam prestasi mantap dengan tujuh kemenangan dan hanya sekali tewas dalam lapan perlawanan musim ini, sekali gus mengekalkan keyakinan penyokong walaupun kecundang pada aksi pembukaan Shopee Cup menentang Buriram.

Perlawanan penuh tumpuan antara JDT dan Bangkok United dijadual berlangsung pada Khamis, 25 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula pada pukul 5.30 petang. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit: JOHOR Southern Tigers

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Selebriti, Tan Sri dan ahli politik antara pemilik kereta mewah enggan bayar cukai jalan
Next: Putera Iman Shah terima laptop, elaun dan yuran percuma sehingga tamat pengajian di UUM

Related Stories

Mario Silva
  • SUKAN

Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT

Solomon 14/09/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram

Arisna Wiguna 14/09/2026 0
erick thohir
  • SUKAN

Erick Thohir mahu suporter Indonesia sambut penyokong negara jiran

Arisna Wiguna 14/09/2026 0

TERKINI

  • Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT
  • Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT
  • Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram
  • Lelaki maut tersepit bawah jentolak
  • Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by