Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Marc Marquez terlepas Grand Prix Australia dan Malaysia akibat kecederaan bahu

Panya Isamael 08/10/2025 (Last updated: 08/10/2025) 0 comments
vlcsnap-2025-10-05-11h07m13s670-scaled

KUALA LUMPUR – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez disahkan tidak akan beraksi pada Grand Prix Australia dan Malaysia selepas mengalami patah tulang dan kecederaan ligamen pada bahu kanan susulan insiden kemalangan ketika Grand Prix Indonesia hujung minggu lalu.

Pasukannya, Ducati, dalam kenyataan rasmi mengesahkan pelumba Sepanyol itu terpaksa direhatkan selepas imbasan perubatan mendapati beliau mengalami patah di bahagian asas proses korakoid serta kerosakan ligamen.

Kemalangan tersebut berlaku apabila pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, melanggar bahagian belakang jentera Marquez, menyebabkan kedua-duanya terbabas ke kawasan perangkap pasir pada kelajuan tinggi. Marquez dilihat menahan kesakitan selepas terpelanting dan terhempas kuat di bahu.

Marquez baru sahaja menjuarai gelaran dunia ke-7 di Grand Prix Jepun bulan lalu. Beliau dilihat berlutut menahan kesakitan di tepi litar selama beberapa minit sebelum bangun sambil memegang bahu kanannya.

Menurut Ducati, pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada kaitan antara kecederaan terbaharu itu dengan insiden lama pada Grand Prix Sepanyol 2020 di Jerez, yang pernah menyebabkan Marquez berehat panjang dan menjalani beberapa pembedahan.

“Pemeriksaan klinikal dan radiologi mengesahkan tiada pergerakan tulang yang serius dan tiada kaitan dengan kecederaan lama,” jelas pasukan itu.

Walaupun kecewa, Marquez tetap optimis untuk kembali sebelum musim berakhir.

“Sasaran saya adalah untuk kembali sebelum musim tamat, tetapi saya tidak akan tergesa-gesa atau mengabaikan nasihat perubatan.
Matlamat peribadi dan pasukan sudah tercapai, jadi keutamaan sekarang adalah pulih sepenuhnya dan kembali 100 peratus,” katanya.

Marquez dijangka kembali beraksi pada Grand Prix Portugal (7–9 November) atau Grand Prix Valencia (14–16 November) bergantung kepada tahap pemulihannya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MotoGP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kejohanan Olahraga Para Dunia: Bukti dasar inklusif berjaya
Next: Asyraf Wajdi terjah IKM KL, umum siap naik taraf fasiliti RM500,000

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by