Misi Sumud Nusantara jumpa ‘kawan’ bot di perairan Itali



KUALA LUMPUR - Perjalanan Misi Sumud Nusantara terus memberi pengalaman baharu apabila konvoi kemanusiaan tersebut buat pertama kali bertemu dengan bot sahabat dari Mali dan Kaiser ketika tiba di perairan Itali.

Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pertemuan itu menyuntik kembali semangat para sukarelawan meskipun bot Nusantara memerlukan sedikit kerja baik pulih sebelum meneruskan perjalanan.

“Doakan esok pagi kami dapat berjumpa segala keperluan dengan mudah dan seterusnya meneruskan misi menuju ke Greece,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Misi Sumud Nusantara merupakan sebahagian daripada konvoi kemanusiaan global yang membawa mesej solidariti ke Gaza, membabitkan penyertaan aktivis dari lebih 44 negara. – DETIK MALAYSIA