filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; hdrForward: 0; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; delta:null; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 0;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 0.0;aec_lux_index: 0;HdrStatus: auto;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: null;temperature: 37;
KUALA LUMPUR - Bekas Juruiring Polis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Datuk Mohd Azani Omar, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Azani menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang bersara wajib pada 27 Oktober lalu.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dimulakan dengan menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Mohd Azani dan Mohamed Usuf.
Bekas Unit Siasatan Dan Pemantauan Zon Tengah Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Asisten Komisioner Wong Yuen Chuan dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Kuala Lumpur.
Sementara itu, bekas Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam dilantik Ketua Polis Daerah Dang Wangi menggantikan Sulizmie Affendy Sulaiman yang bertukar sebagai Juruiring Polis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan kenaikan pangkat Senior Asisten Komisioner. - DETIK MALAYSIA