Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

‘Saya jamin TMJ takkan mengalah, terus berjuang demi bola sepak Malaysia’

Panya Isamael 24/12/2025 (Last updated: 24/12/2025) 0 comments
491120404_4162966033935675_7903024402299654609_n

PETALING JAYA – Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazri Ahmad tampil mempertahankan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan menegaskan Pemangku Sultan Johor itu tidak akan sesekali mengalah meskipun berdepan kritikan dan kontroversi berhubung dakwaan isu dokumentasi pemain warisan Harimau Malaya.

Nazri berkata, TMJ bukan individu yang mudah berundur apabila ditekan, sebaliknya kritikan hanya menjadikan baginda lebih bersemangat untuk meneruskan agenda pembangunan bola sepak negara.

“Saya boleh jamin Tuanku tidak akan berputus asa. Baginda akan teruskan perjuangan kerana baginda tahu apa yang sedang diperjuangkan. Pada pandangan saya, semakin ramai mengkritik, semakin kuat motivasi baginda,” katanya dipetik menerusi hantaran di laman Harimau Malaya.

Mengulas lanjut, Nazri menyifatkan usaha TMJ menghidupkan semula Liga Perdana sebagai bukti jelas visi jangka panjang baginda dalam membangunkan bola sepak tempatan, khususnya memberi keutamaan kepada pemain tempatan.

“Liga Perdana dihidupkan semula dengan konsep 100 peratus pemain tempatan. Kalau ada pemain import pun, mungkin satu atau dua sahaja sekadar menambah daya saing,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nazri mempersoalkan peranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dilihat terlalu tertumpu kepada pemain aktif sahaja.

“Kalau FAM hanya menjaga pemain yang masih aktif, jadi apa fungsi persatuan pemain?” soalnya.

Nazri turut mempersoalkan masa timbulnya kontroversi berkenaan dengan mendakwa isu tersebut hanya dibangkitkan selepas Harimau Malaya mencatat keputusan positif.

“Kenapa isu ini timbul? Sebab Malaysia menang. Kalau Malaysia kalah tiga perlawanan sebelum itu, adakah isu ini akan dibangkitkan? Saya rasa tidak,” katanya.

Menurut beliau, situasi itu menggambarkan realiti toksik yang perlu dihadapi pasukan kebangsaan.

“Menang pun dikritik, kalah pun dikritik. Jadi sebenarnya apa yang mereka mahu?” ujarnya.

Nazri turut menggesa penyokong dan pemerhati bola sepak supaya lebih bertanggungjawab dalam memberi pandangan serta mengelakkan tuduhan tanpa asas.

“Kalau kita tak mampu menyumbang, lebih baik diam. Tapi kalau mahu beri pandangan, berikan dengan cara yang betul, tanya soalan, bukan membuat tuduhan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak wajar dihakimi sebelum fakta sebenar diputuskan secara muktamad.

Nazri turut mendedahkan bahawa berdasarkan maklum balas TMJ sendiri, baginda bertekad mendapatkan penjelasan dan keadilan, termasuk membawa perkara itu ke Mahkamah Sukan Antarabangsa jika perlu.

“FIFA sudah meluluskan dokumentasi pemain sebelum tiga perlawanan itu. Kalau tidak diluluskan, pemain-pemain tersebut tidak akan dibenarkan beraksi,” katanya.

Tambah Nazri, TMJ hanya mahu penjelasan jelas daripada FIFA mengenai mengapa isu berkenaan hanya dibangkitkan selepas kemenangan Malaysia.

“Ia bukan soal wang. Sesiapa pun, walaupun bukan orang kaya, jika dituduh melakukan sesuatu, pasti mahu penjelasan. Bila penjelasan itu diperoleh, barulah hati tenang,” ujarnya.

Nazri turut mengingatkan bahawa TMJ juga insan biasa yang sanggup berkorban wang dan tenaga demi bola sepak negara.

“Berapa ramai di Malaysia yang sanggup guna duit sendiri untuk bola sepak? Selain ahli politik?” katanya.

Beliau menyeru semua pihak agar bersatu dan memberikan sokongan kepada TMJ.

“Ini bukan untuk diri baginda, bukan hanya untuk Johor, tetapi untuk Malaysia. Apa yang Tuanku perlukan sekarang adalah sokongan, bukan kecaman, supaya baginda terus berjuang demi bola sepak Malaysia.” - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - The Photoshooterz

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Chrigor ledak dua gol, Selangor tundukkan PDRM 3-1 di Selayang
Next: Keganasan anti-Muslim di India kian parah, Mapim desak tindakan PBB

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by