TORONTO – Jerman mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Ivory Coast dalam aksi kedua Kumpulan E Piala Dunia 2026 di Stadium Toronto, awal pagi tadi.
Ivory Coast terlebih dahulu mengejutkan lawan apabila Franck Kessie meledak gol pembukaan pada babak pertama untuk meletakkan pasukannya di hadapan.
Namun, kebangkitan Jerman pada separuh masa kedua memastikan mereka meraih tiga mata berharga apabila Deniz Undav muncul wira pasukan menerusi dua jaringan.
Gol kedua Undav yang hadir pada minit-minit akhir perlawanan melengkapkan kebangkitan Der Panzer sekali gus menghadiahkan kemenangan dramatik buat anak buah Julian Nagelsmann.
Kemenangan itu menyaksikan Jerman terus unggul di puncak Kumpulan E dengan mengumpul enam mata daripada dua perlawanan.
Malah, tambahan tiga mata tersebut turut mengesahkan tempat Jerman ke pusingan 32 terbaik walaupun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.
Sementara itu, Ivory Coast kekal di tangga kedua dengan tiga mata dan masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.
Pasukan Afrika itu masih berada di hadapan Ecuador dan Curacao yang belum beraksi dalam perlawanan kedua Kumpulan E. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo