PASADENA – Juara dunia, Argentina menamatkan saingan peringkat Kumpulan J Piala Dunia 2026 dengan rekod sempurna selepas menewaskan Jordan 3-1 awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad La Albiceleste mengumpul sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan sekali gus mengesahkan status selaku juara kumpulan.
Giovanni Lo Celso meletakkan Argentina di depan sebelum Lautaro Martinez menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti pada babak pertama.
Jordan cuba bangkit selepas rehat apabila Musa Al-Taamari berjaya merapatkan kedudukan, namun harapan wakil Asia itu tidak bertahan lama.
Kapten sensasi, Lionel Messi memastikan kemenangan Argentina terus selesa apabila meledak gol ketiga pasukan pada babak kedua, sekali gus menambah koleksi jaringan peribadinya di kejohanan kali ini.
Keputusan tersebut mengesahkan Argentina mara ke pusingan 32 terbaik dengan rekod 100 peratus kemenangan, manakala Jordan menamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan dan tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo