BAGAN DATUK – Lebih 200 peserta daripada pelbagai lapisan umur menyertai Program Joran Merdeka SUTIBA 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Baroh, Selekoh, di sini hari ini.
Program bermula pada pukul 9 pagi dengan acara pelepasan peserta yang turut dihadiri Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Selain pertandingan memancing parit, program berkenaan turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah serta gerai makanan dan minuman untuk pengunjung.
Program tersebut diadakan sebagai salah satu usaha mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat dan komuniti setempat.
Penganjur dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung turut diberikan penghargaan atas kejayaan penganjuran program berkenaan. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Pusat Perkhidmatan YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk
