Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah abaikan anak hingga cedera

Panya Isamael 31/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
1139057-1

PETALING JAYA – Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anaknya hingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh berusia 30 tahun itu di akhir kes pembelaan.

Sebelum ini, pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Pasangan itu sebelum ini didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran, antara jam 12 tengah hari pada 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala Ismanira diwakili oleh peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam pembunuhan beramai-ramai di Al-Fasher, Sudan
Next: Tingkat atas Menara 3 KLCC terbakar

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by