Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim kecam pembunuhan beramai-ramai di Al-Fasher, Sudan

Panya Isamael 31/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
568404067_1308197877655943_8611176322546057454_n

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya kekejaman berterusan dalam konflik Sudan, khususnya insiden pembunuhan beramai-ramai di bandar Al-Fasher yang didakwa dilakukan oleh kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, laporan yang diterima daripada sumber dipercayai menunjukkan ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam, manakala seluruh kawasan kejiranan di Darfur Utara musnah akibat serangan tersebut.

“Hospital, pusat perlindungan pelarian serta kem bantuan kemanusiaan turut menjadi sasaran. Puluhan ribu penduduk kini terperangkap dan terpaksa melarikan diri dalam keadaan terkepung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, konflik di Sudan kini berada pada tahap paling kritikal apabila pertikaian kuasa antara dua pihak bertelagah telah berubah menjadi pembersihan etnik serta jenayah perang terhadap penduduk awam yang tidak bersenjata.

“Pembunuhan besar-besaran di Al-Fasher adalah satu lagi babak hitam yang menzahirkan keruntuhan nilai kemanusiaan. Serangan ke atas orang awam, rompakan bantuan serta halangan terhadap misi kemanusiaan jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” ujarnya.

Mohd Azmi berkata, berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku sama seperti bersubahat dalam jenayah tersebut.

“Dunia tidak boleh sekali lagi membiarkan tragedi seperti Rwanda atau Bosnia berulang. Derita rakyat Sudan adalah noda besar terhadap hati nurani manusia,” katanya.

Mapim turut menyatakan solidariti penuh terhadap rakyat Sudan, khususnya mangsa pembunuhan di Al-Fasher, dan menyeru semua negara Islam serta komuniti antarabangsa untuk bersatu mempertahankan keadilan, perlindungan dan keamanan sejagat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Raja Charles lucut gelaran diraja, usir Putera Andrew dari Istana Windsor
Next: Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah abaikan anak hingga cedera

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by