Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Raja Charles lucut gelaran diraja, usir Putera Andrew dari Istana Windsor

Panya Isamael 31/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
Untitled

LONDON – Raja Charles III bertindak melucutkan semua gelaran diraja milik adiknya, Putera Andrew, serta mengarahkan beliau meninggalkan kediamannya di kawasan Istana Windsor, susulan skandal yang terus menghantui keluarga diraja Britain berkaitan kes Jeffrey Epstein.

Menurut kenyataan Istana Buckingham pada hari ini, Andrew kini akan dikenali dengan nama Andrew Mountbatten-Windsor, selepas Raja Charles memulakan proses rasmi untuk menamatkan segala gelaran dan keistimewaan diraja yang disandang adiknya itu.

“Putera Andrew akan berpindah dari kediamannya di kawasan Istana Windsor ke penempatan peribadi alternatif secepat mungkin,” kata istana dalam kenyataan itu.

Keputusan drastik itu dibuat selepas muncul semula tuduhan serangan seksual terhadap Andrew oleh Virginia Giuffre, salah seorang mangsa pemangsa seks warga Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein. Andrew, 65, bagaimanapun menafikan semua tuduhan berkenaan.

“Istana menegaskan tindakan ini perlu diambil meskipun beliau terus menafikan dakwaan tersebut. Raja dan Permaisuri menyampaikan simpati kepada semua mangsa penderaan dalam apa jua bentuk,” jelas kenyataan itu lagi.

Tindakan itu dibuat hanya beberapa hari selepas penerbitan buku memoir mendiang Giuffre yang sekali lagi memperincikan dakwaan beliau diperdagangkan untuk melakukan hubungan seks dengan Andrew sebanyak tiga kali, termasuk dua kali ketika berusia 17 tahun.

Giuffre dilaporkan meninggal dunia pada April lalu pada usia 41 tahun, manakala Epstein membunuh diri di penjara pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.

Keluarga Giuffre menyambut baik keputusan istana itu dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan untuk mangsa.

“Seorang gadis biasa dari keluarga biasa Amerika berjaya menjatuhkan seorang putera British dengan keberanian dan kebenarannya,” kata keluarga itu dalam kenyataan kepada BBC.

Andrew, anak kedua kepada mendiang Ratu Elizabeth II, sebelum ini bersetuju membayar berjuta-juta dolar kepada Giuffre pada tahun 2022 bagi menyelesaikan kes sivil yang difailkan terhadapnya di Amerika Syarikat.

Skandal itu turut mencetuskan kemarahan rakyat Britain, apatah lagi selepas pendedahan bahawa Andrew hanya membayar sewa minimum untuk Royal Lodge, kediaman mewah milik Crown Estate yang didudukinya selama lebih dua dekad bersama bekas isterinya, Sarah Ferguson.

Sumber diraja berkata, rancangan untuk mengosongkan Royal Lodge kini dipercepatkan bagi memberi laluan kepada pewaris takhta, Putera William dan keluarganya, yang akan berpindah ke kediaman baharu berhampiran.

BBC turut melaporkan bahawa Andrew pernah menjemput Epstein, Ghislaine Maxwell (yang kini dipenjara atas kesalahan pemerdagangan manusia) dan bekas penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein, ke Royal Lodge pada tahun 2006 sempena ulang tahun ke-18 anaknya, Puteri Beatrice.

Susulan itu, Raja Charles dikatakan mengarahkan Andrew berpindah ke estet diraja di Sandringham, Norfolk, dan akan terus menanggung perbelanjaannya melalui peruntukan istana. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mahkamah benarkan injunksi Erinford MCMC terhadap Telegram
Next: Mapim kecam pembunuhan beramai-ramai di Al-Fasher, Sudan

Related Stories

Azmi
  • LUAR NEGARA

Israeli violence in West Bank must stop immediately, says MAPIM

Panya Isamael 26/07/2026 0
Professor Ameer-ul-Azim
  • LUAR NEGARA

MAPIM mourns passing of Prof. Ameer-ul-Azim

Solomon 25/07/2026 0
Sayed Mohammad Ali Sayedhanaee,
  • LUAR NEGARA

Pressure only strengthens Iran’s spirit, says analyst

Panya Isamael 23/07/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by