Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mahkamah benarkan injunksi Erinford MCMC terhadap Telegram

Panya Isamael 31/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan injunksi Erinford yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap platform Telegram, sementara menunggu pendengaran rayuan interlokutori di Mahkamah Rayuan.

MCMC Dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan mahkamah itu merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan suruhanjaya berkenaan memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, bertanggungjawab dan selaras dengan kepentingan awam.

“Mahkamah membenarkan injunksi Erinford bagi melarang penyiaran kandungan yang memudaratkan seperti dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan MCMC, termasuk apa-apa kandungan lain yang mempunyai ciri atau kesan serupa,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, mahkamah turut mengarahkan penutupan sepenuhnya saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas, termasuk mana-mana saluran lain di Telegram yang mempunyai persamaan dari segi kandungan atau modus operandi.

Menurut MCMC, perintah injunksi itu bertujuan mengelakkan penyebaran kandungan palsu, mengelirukan dan berunsur hasutan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam negara melalui platform berkenaan.

“Dalam keputusannya, mahkamah menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Keseimbangan keadilan jelas berpihak kepada MCMC kerana kemudaratan kepada pihak Telegram adalah minimum berbanding potensi kesan negatif terhadap institusi negara dan ketenteraman awam sekiranya kandungan sedemikian terus disiarkan,” katanya.

Mahkamah turut mengingatkan penyedia platform luar negara seperti Telegram supaya sentiasa peka dan menghormati konteks sosial, budaya serta perlembagaan Malaysia walaupun mereka mungkin tidak memahami sepenuhnya struktur masyarakat negara ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “Kita gadai kedaulatan demi pujian kuasa asing” – Tun Dr. Mahathir
Next: Raja Charles lucut gelaran diraja, usir Putera Andrew dari Istana Windsor

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by