Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

“Kita gadai kedaulatan demi pujian kuasa asing” – Tun Dr. Mahathir

Panya Isamael 31/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
573069245_1409787460515110_8992876517761858119_n

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang didakwanya telah ‘menyerahkan’ kemerdekaan negara kepada kuasa asing demi kepentingan politik dan hubungan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan bertajuk Menyerah Kemerdekaan yang dimuat naik pada Rabu, Tun Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah menyangka akan hidup untuk menyaksikan pemimpin Malaysia sanggup menggadai kedaulatan negara hanya untuk “nampak hebat beberapa minit” dan mendapat pujian daripada pemimpin luar.

“Sekarang, kita terpaksa tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi. Jelas kita telah serah kedaulatan yang diperjuangkan sejak 1957,” katanya.

Menurut beliau, semangat perjuangan kemerdekaan suatu ketika dahulu adalah untuk membebaskan negara daripada pengaruh asing, namun kini semangat itu semakin pudar.

“Rakyat masih ingat peristiwa Dawn Raid dan dasar Buy British Last sebagai simbol keberanian kita mempertahankan maruah negara. Malangnya, semua itu kini tinggal sejarah,” ujarnya.

Tun Dr. Mahathir menegaskan, hubungan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak lagi mencerminkan semangat timbal balik yang adil.

“Apa yang berlaku bukan perkongsian, tetapi penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dengan susah payah. Kita beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, ikut peraturan digital mereka, buka pasaran ikut syarat mereka, bahkan tunduk pada siapa yang boleh atau tidak boleh kita berniaga,” katanya.

Beliau menyifatkan keputusan kerajaan untuk memeterai perjanjian berat sebelah dengan alasan mendapat “pelepasan tarif” sebagai satu bentuk penjajahan baharu atau neo-kolonialisme.

“Benar ada exit clause, tapi dari awal lagi syaratnya menjerut kemerdekaan kita. Dan adakah Amerika akan mudah lepaskan kita jika kita mahu keluar? Jika kerajaan terpaksa gunakan exit clause, itu bukti mereka gagal berunding dengan baik sejak awal,” tegasnya.

Tun Dr. Mahathir turut menempelak pemimpin yang menurutnya terlalu ingin menyenangkan hati kuasa besar hingga sanggup menggadai prinsip dan maruah negara.

“Berhentilah menggunakan istilah perdagangan, kerjasama atau diplomasi. Akuilah bahawa anda telah memperdagangkan kemerdekaan negara kerana tidak berani menegakkan kebenaran,” katanya.

Beliau menambah, lebih menyedihkan apabila kuasa besar yang kini menjadi rakan dagang utama Malaysia itu merupakan pihak yang menyokong dan melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Inilah penjajahan moden yang kita cuba elak sejak awal kemerdekaan namun kini, kita sendiri yang membukakan pintu,” katanya menutup kenyataan tersebut. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jangan guna kuasa ugut wartawan, kebenaran tak perlukan ancaman – Neow
Next: Mahkamah benarkan injunksi Erinford MCMC terhadap Telegram

Related Stories

Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by