Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

Khairy dijangka kembali sertai Umno, dapat ‘restu’ Zahid

Panya Isamael 30/10/2025 (Last updated: 30/10/2025) 0 comments
480210805_1178261023670519_7895851073913760380_n

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka kembali menyertai Umno menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan selepas dikatakan mendapat “restu” daripada pimpinan tertinggi parti.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi memberi isyarat restu itu kepada Khairy ketika mereka bertemu pada majlis perkahwinan anak Pengerusi Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

“Pada pertemuan itu, Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli Umno,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Difahamkan, kemasukan semula Khairy dilihat mampu memperkukuhkan kempen Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Sabah nanti, memandangkan sebahagian calon di negeri itu merupakan rakan politik seusianya.

Sumber itu turut mendedahkan, BN sedang mempertimbangkan untuk menamakan Khairy sebagai calon Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kawasan yang pernah diwakili bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, sumber Umno menjelaskan bahawa sehingga kini, parti itu masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Khairy.

Untuk rekod, Khairy dipecat daripada Umno pada Januari 2023 selepas didapati melanggar disiplin parti ketika PRU15.

Bekas Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal itu sebelum ini lantang mengkritik Zahid menjelang PRU15, terutama selepas BN menurunkannya bertanding di kubu kuat Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh.

Dalam pilihan raya itu, Khairy tewas kepada calon PKR, R. Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Beliau sebelum ini enggan merayu pemecatannya kerana berpandangan individu yang memecatnya masih berada dalam parti.

Namun begitu, pada Julai lalu, Khairy dilaporkan berkata akan mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda Umno, Dr. Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala FA: Selangor mara ke separuh akhir walau tewas di laman sendiri
Next: Debaran menjelang keputusan rayuan FAM isu pemain warisan

Related Stories

Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
azmi-mapim
  • NASIONAL
  • POLITIK

Hentikan pelantikan ahli politik aktif dalam GLC kritikal

Solomon 14/08/2026 0
Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by