Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala FA: Selangor mara ke separuh akhir walau tewas di laman sendiri

Panya Isamael 30/10/2025 (Last updated: 30/10/2025) 0 comments
569400914_18533901223006712_1497891821848817018_n

PETALING JAYA – Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2025/26 selepas menyingkirkan Negeri Sembilan FC dengan agregat 6-3, biarpun tewas 2-3 pada aksi suku akhir kedua di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Anak buah Katsuhito Kinoshi mempamerkan corak permainan bertenaga dengan menurunkan barisan terbaik termasuk Kalamullah Al-Hafiz selaku penjaga gol, Harith Haiqal mengemudi pertahanan, manakala Willian Lira menjadi sandaran di jentera serangan.

Skuad Jang, bimbingan K. Nanthakumar, pula mempertaruhkan Azri Ghani di gawang dan Jovan Motika selaku penggerak utama di bahagian serangan.

Negeri Sembilan terlebih dahulu mengejutkan penyokong tuan rumah apabila Harith Samsuri membuka jaringan pada minit ke-12 selepas menyambar bola hasil sepakan sudut.

Momentum terus memihak pelawat apabila Javabilaarivin menambah gol kedua pada minit ke-27, sekali gus merapatkan jurang agregat dan menambah tekanan kepada Selangor.

Bagaimanapun, Willian Lira memastikan Selangor tidak terus ketinggalan apabila menjaringkan gol penting pada minit ke-42 untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak kepada Negeri Sembilan pada babak pertama, namun Red Giants kekal selesa mendahului agregat.

Bersambung separuh masa kedua, kemasukan Faisal Halim memberi nafas baharu buat Selangor apabila kelincahan dan kepantasannya banyak mencetuskan kekalutan di benteng lawan.

Negeri Sembilan terus berjuang apabila Mio Tsuneyasu menambah gol ketiga pasukan pada minit ke-80 untuk menghidupkan semula harapan, namun ia hanya bertahan enam minit.

Selangor menamatkan sisa perjuangan pelawat apabila kapten pasukan, Faisal Halim, meledak gol penyamaan pada minit ke-86 hasil gerakan solo menembusi pertahanan lawan.

Selangor mara ke separuh akhir dengan agregat 6-3 dan bakal berdepan Sabah FC, yang menewaskan Kelantan TRW FC 5-2 secara agregat. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Selangor FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kebakaran hutan enam ekar di Jalan Pulau Angsa berjaya dikawal
Next: Khairy dijangka kembali sertai Umno, dapat ‘restu’ Zahid

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by