Skip to content
30/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Mapim kecam tindakan Israel teruk ‘cekik’ Gaza, langgar undang-undang kemanusiaan

Panya Isamael 10/11/2025 (Last updated: 10/11/2025) 0 comments
6a9c0379-39a9-472a-b568-febe4f7b3153

SHAH ALAM - “Tindakan rejim Zionis yang terus mencekik Gaza serta menyekat bantuan kemanusiaan adalah satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa."

Demikian kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid yang mengecam keras tindakan berterusan Israel yang didakwa masih menafikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza meskipun gencatan senjata telah dipersetujui.

Mohd Azmi berkata, laporan terbaharu Pejabat Media Kerajaan Gaza pada 6 November lalu mendedahkan hanya 4,453 lori bantuan dibenarkan memasuki Gaza berbanding 15,600 lori seperti yang dipersetujui iaitu sekadar 28 peratus daripada jumlah asal.

“Ini jelas melanggar syarat gencatan senjata serta rangka kerja kemanusiaan yang telah dipersetujui pihak perantara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lebih membimbangkan apabila barangan yang dibenarkan masuk hanyalah jumlah simbolik, antaranya 31 lori gas memasak dan 84 lori diesel, jauh daripada mencukupi bagi mengoperasikan hospital, kedai roti serta perkhidmatan kritikal untuk lebih 2.4 juta penduduk.

“Penafian lebih 350 jenis makanan dan ubatan asas termasuk sumber protein serta tenusu membuktikan Israel sedang melaksanakan dasar kelaparan terancang untuk menundukkan rakyat Palestin.

“Ini bukan lagi isu bantuan kemanusiaan, tetapi ujian moral terhadap kemanusiaan sejagat,” ,” katanya.

Beliau berkata, dua tahun pembantaian tanpa henti, sekatan dan penafian hak asas telah menjadikan Gaza ibarat penjara terbuka, di mana rakyatnya dihukum hanya kerana kewujudan mereka.

Mapim turut menegaskan solidariti penuh terhadap rakyat Gaza dan akan meneruskan kerjasama melalui Inisiatif Koridor Kemanusiaan Mapim bersama rakan antarabangsa di Mesir, Turkiye, Qatar dan Asia meskipun berdepan sekatan ketat.

“Ini bukan kerja amal, tetapi tanggungjawab mendesak demi mempertahankan undang-undang antarabangsa dan nyawa manusia daripada keganasan negara yang sistematik,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala FA: Selangor, Sabah terikat hitung aksi penentuan di MBPJ
Next: Cklamovski sasar akhiri tahun 2025 tanpa kekalahan

Related Stories

CelcomDigi
  • NASIONAL

CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • NASIONAL

MAPIM calls for MADANI approach to Rohingya issue in Malaysia

Panya Isamael 29/10/2026 0
Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
  • Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC
  • Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang
  • MAPIM calls for MADANI approach to Rohingya issue in Malaysia
  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by