Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

Petronas nafi taja Liga Bola Sepak Bangladesh

Panya Isamael 24/11/2025 (Last updated: 24/11/2025) 0 comments
Untitled

KUALA LUMPUR – Petronas bertindak pantas menutup spekulasi liar di media sosial yang mendakwa syarikat minyak dan gas negara itu bakal menjadi penaja utama Bangladesh Football League (BFL).

Petronas dalam kenyataan rasmi berkata, syarikat itu menegaskan tiada sebarang persetujuan atau rundingan dilakukan dengan liga tersebut, sekali gus menafikan dakwaan yang mengaitkan penggunaan nama, jenama serta tanda dagang Petronas dalam mana-mana pertandingan bola sepak di Bangladesh.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak syarikat memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan identiti korporat mereka kerana ia melibatkan integriti serta reputasi Petronas di peringkat global.

“Petronas tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian penajaan untuk Bangladesh Football League. Kami mengambil serius integriti jenama kami dan kekal fokus memberikan nilai kepada pemegang taruh dan komuniti tempat kami beroperasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Penafian tersebut dibuat susulan penularan beberapa hantaran di platform media sosial yang mendakwa kononnya Petronas bakal tampil sebagai penaja utama BFL musim hadapan, spekulasi yang turut menarik perhatian peminat bola sepak di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Foto kredit : AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: DBKL turun segera pantau di pergerakan tanah Taman United, Medang Tanduk
Next: Piala Sultan Azlan Shah 2025 : Gol minit akhir ragut kemenangan Speedy Tigers di Ipoh

Related Stories

Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
azmi-mapim
  • NASIONAL
  • POLITIK

Hentikan pelantikan ahli politik aktif dalam GLC kritikal

Solomon 14/08/2026 0
Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by