Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Tindakan AS tahan Presiden Venezuela cemar undang-undang antarabangsa

Panya Isamael 09/01/2026 (Last updated: 09/01/2026) 0 comments
gettyimages-2254194837

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam keras tindakan ketenteraan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela, termasuk penahanan Presiden negara itu, Nicolás Maduro, yang disifatkan sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, operasi ketenteraan yang didakwa berlaku pada 3 Januari 2026 itu melibatkan serangan ketenteraan di wilayah Venezuela serta penahanan ketua negara berkenaan tanpa sebarang mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan sedemikian merupakan pelanggaran jelas terhadap Piagam PBB, khususnya prinsip larangan penggunaan kekerasan terhadap keutuhan wilayah dan kebebasan politik sesebuah negara berdaulat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Mapim turut memandang serius kenyataan Presiden AS yang didakwa meletakkan tafsiran moral peribadi sebagai justifikasi tindakan agresif, sekali gus mengetepikan peranan undang-undang antarabangsa dan norma multilateralisme yang diwujudkan bagi menjamin keamanan serta kesaksamaan antara negara.

“Pendekatan ini amat berbahaya kerana membuka ruang kepada kuasa besar lain untuk bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan undang-undang dan prinsip kemanusiaan sejagat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB serta beberapa pakar bebas antarabangsa turut dilaporkan menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan dan sekatan yang dikenakan ke atas Venezuela, yang didakwa berpotensi menjejaskan kestabilan serantau serta meruntuhkan sistem perundangan antarabangsa.

Mapim, jelas beliau, menegaskan beberapa prinsip utama termasuk penghormatan terhadap kedaulatan dan undang-undang antarabangsa, keutamaan kedaulatan undang-undang berbanding politik kuasa, penyelesaian konflik secara aman melalui diplomasi, serta pematuhan kepada norma kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Sehubungan itu, Mapim menyeru semua negara, institusi antarabangsa dan masyarakat sivil agar terus mempertahankan Piagam PBB, menuntut ketelusan serta akauntabiliti terhadap sebarang tindakan yang melanggar kedaulatan negara lain, di samping menolak normalisasi penggunaan kekerasan sebagai alat dasar luar.

“Kami berdiri solidariti bersama semua rakyat yang hak dan maruah mereka terjejas akibat dasar hegemoni yang meletakkan kuasa mengatasi undang-undang, dan menggesa kepimpinan global yang lebih bertanggungjawab demi keamanan dan keadilan sejagat,” katanya. - KOSMO! ONLINE

Foto kredit - Getty Images

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: NFA kes berprofil tinggi, MCW gesa ketelusan penuh
Next: Mapim kecam ancaman AS terhadap Greenland, dakwa imperialisma terbuka

Related Stories

azmi mapim
  • LUAR NEGARA

MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan

Solomon 24/08/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa dunia jangan normalisasikan kekejaman Israel di Gaza

Panya Isamael 21/08/2026 0
Dr. Mazen Rantisi
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa pembebasan segera ‘doktor orang miskin’ ditahan Israel

Solomon 15/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by