Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

NFA kes berprofil tinggi, MCW gesa ketelusan penuh

Panya Isamael 09/01/2026 (Last updated: 09/01/2026) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) meletakkan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai No Further Action (NFA) selepas keputusan Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi, mengundang reaksi dan kebimbangan pelbagai pihak.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata keputusan AGC semalam bukan sekadar isu teknikal perundangan, sebaliknya berpotensi memberi implikasi besar terhadap kebebasan institusi kehakiman, prinsip pengasingan kuasa serta keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan jenayah negara.

Beliau berkata, perintah Mahkamah Tinggi supaya tertuduh membela diri dibuat selepas pihak pendakwaan sendiri berjaya membuktikan kes prima facie.

Justeru, katanya keputusan AGC yang menyatakan keterangan kini tidak mencukupi menimbulkan persoalan asas terhadap kewajaran pendakwaan yang telah berjalan sehingga ke peringkat pembelaan.

“Jika keterangan benar-benar tidak mencukupi, mengapa pendakwaan diteruskan sehingga ke tahap call for defence? Dan jika ia mencukupi ketika itu, apakah perubahan material yang berlaku sehingga membawa kepada keputusan NFA?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, peralihan daripada DNAA kepada NFA tanpa pendedahan awam mengenai dapatan baharu yang jelas, substantif dan meyakinkan sebagai isyarat yang membimbangkan, mencetuskan persepsi bahawa keputusan berkenaan dipengaruhi pertimbangan politik, bukan semata-mata undang-undang.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam konteks tekanan politik terbuka, termasuk ugutan pihak tertentu untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Madani.

“Keputusan keadilan tidak boleh dijadikan bahan rundingan politik,” katanya.

Mengulas lanjut, MCW mengakui Perlembagaan Persekutuan memberikan budi bicara kepada Peguam Negara, namun menegaskan budi bicara tersebut tidak boleh bersifat mutlak tanpa ketelusan, kebertanggungjawaban awam dan mekanisme semak imbang yang berkesan.

Menurut beliau, penamatan kes berprofil tinggi melibatkan rasuah dan salah guna kuasa secara pentadbiran berisiko menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti pendakwaan, melemahkan kewibawaan institusi kehakiman serta menjadikan usaha membanteras rasuah sekadar retorik.

Sehubungan itu, MCW menuntut pendedahan terperinci dapatan baharu yang membezakan keputusan DNAA dan NFA, selain penjelasan awam mengapa perkara tersebut tidak dinilai oleh mahkamah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan AGC memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Timbalan Perdana Menteri berkenaan.

Menurut AGC, keputusan itu membawa kepada penamatan muktamad kes selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Isu Kashmir belum selesai, dunia gagal tunaikan janji
Next: Tindakan AS tahan Presiden Venezuela cemar undang-undang antarabangsa

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by