Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Trump ugut Palestin – Tun Dr Mahathir

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
557633176_1385866836240506_3561278142087842736_n

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan 20 perkara yang diumumkan Donald Trump kononnya untuk menghentikan genosid Israel terhadap rakyat Palestin bukanlah tawaran damai kepada Hamas, sebaliknya merupakan ugutan keras.

Beliau berkata, cadangan itu jelas berbentuk ancaman apabila menetapkan tempoh empat hari untuk Hamas menerimanya, jika tidak serangan Israel akan diteruskan malah menjadi lebih dahsyat.

Menurut Dr. Mahathir, rancangan berkenaan telah dirangka Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sekali gus menjadikannya mudah diterima rejim Zionis kerana digubal oleh pemimpin mereka sendiri.

“Seperti Netanyahu, Trump juga mahu mengambil alih Gaza. Ini bermaksud rakyat Palestin mesti menyerah kalah. Bagaimana mereka boleh menerima penyerahan sebagai jalan penyelesaian sedangkan lebih 60,000 rakyatnya telah terkorban akibat pengeboman Israel?

“Apa yang dicadangkan Trump dan Netanyahu hanyalah menjadikan pengorbanan mereka sia-sia serta kemusnahan Gaza tidak bermakna,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Dr. Mahathir berkata, Trump bukanlah pendamai kerana selama ini beliau hanya menggunakan ancaman seperti tarif tinggi, sekatan dan pelbagai desakan untuk memaksa pihak bertelagah menghentikan peperangan.

“Namun, beliau tetap gagal. Konflik di Ukraine dan Rusia masih berterusan, malah pembunuhan politik juga tidak terhenti. Genosid Israel ke atas Palestin akan berterusan dengan sokongan kuat Amerika Syarikat,” jelasnya.

Tambahnya, tidak mustahil Hamas akan menolak cadangan tersebut kerana ia bukan penyelesaian sebenar sebaliknya memperkukuh kekejaman Israel. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - GettyImages

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: GSF bawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa – Sultan Ibrahim
Next: Syarikat produk kecantikan pulangkan bayaran kepada 20 pengadu

Related Stories

azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0
hijab azerbaijan
  • PELBAGAI

Mapim urges Azerbaijan to lift hijab restrictions in schools

Arisna Wiguna 18/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by