Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Muhd Daniel, Wang Enxi juara keseluruhan Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025

Panya Isamael 30/10/2025 (Last updated: 31/10/2025) 0 comments
Winner Overall Boy's Girl's VIP

SHAH ALAM - Pemain negara, Muhd Daniel Muhd Nazari dan Wang Enxi dari China mengesahkan status sebagai juara keseluruhanmasing maisng bagi kategori lelaki dan perempuan Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Persaingan cukup sengit berlaku di Kelab Golf Kota Permai (KPGCC), Shah Alam dengan cuaca panas di sebelah pagi dan mendung di tengah hari terus meguji ketahanan fizikal dan mental pemain pemain pada hari terakhir.

Saingan bagi kategori lelaki A menyaksikan Muhd Danial Muhd Nazari mempamer permainan yang konsisten apabila menutup hari terakhir dengan 74 pukulan dua di atas par.

Catatan ini sudah memadai buat Danial untuk mengesahkan status sebagai juara bagi kategori lelaki A dan juara keseluruhan bagi kategori lelaki dengan catatan keseluruhan 219 pukulan tiga di atas par.

“Ianya berhasil seperti yang saya katakan semalam dan pada masa yang sama saya bersaing sengit dengan rakan sepasukan. Kedudukan kami terikat selepas bermain 10 lubang tetapi saya kembali didepan sehingga ke lubang terakhir.

“Kemenangan ini amat bermakna untuk saya dan ini adalah trofi kedua pada tahun ini, sesuatu yang pastinya saya akan hargai,” kata Danial.

Tambahnya lagi, menerusi Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) dibawah Persatua Golf Malaysia (MGA) nyata membantu Danial untuk mempertingkatkan lagi kemahirannya.

“Program NJDP banyak membantu pemain pemain untuk meningkatkan permainan dan beraksi di kejohanan antarabangsa selain memberi pendedahan kepada pemain. Saya juga banyak meningkat kerana NJDP memberi saya peluang untuk bermain dengan pemain pemain berkualiti,” katanya lagi.

Di tempat kedua, pemain Korea Selatan Woosung Sun yang menamatkan saingan dengan catatan keseluruhan 223 pukulan tujuh di atas par diikuti seorang lagi pemain negara, Felix Gan Yong Jun yang mengumpul 227 pukulan keseluruhan.

Bagi kategori lelaki B, pemain dari Thailand, Thitiwat Piturongkapituk muncul juara selepas mengumpul 225 pukulan keseluruhan diikuti wakil negara, Muhd Afham Othman kedua dengan 230 pukulan manakala tempat ketiga menjadi milik Maru Choi dari Korea Selatan dengan catatan 236 pukulan.

Sementara bagi saingan perempuan kategori A, pemain negara, Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani dinobat sebagai juara selepas mengumpul 225 pukulan keseluruhan, sembilan di atas par.

Hari terakhir, Batrisyia mencatat 73 pukulan satu di atas par.

Beliau mengatasi dua lagi pemain negara, Ngo Yi Belle dan Jamie Tan Huan Ying yang berkongsi catatan 226 pukulan keseluruhan sekaligus berpuas hati dikedudukan kedua dan ketiga

“Saya rasa hari pertama tidak memahami selok belok lapangan tetapi hari kedua saya sudah memahami cara untuk bermain di lapangan ini.

“Bagi saya, kebanyakkannya ketika chipping dan putting. Jika gagal untuk membaca lapangan dengan baik, anda akan berdepan tekanan untuk melakukan pukulan,”kata Batrisyia.

Namun, Batrisyia gagal untuk meletakkan namanya sebagai juara keseluruhan kerana dipisahkan satu pukulan di belakang juara kategori Perempuan B, Wang Enxi dari China.

Wang Enxi menutup hari terakhir dengan catatan 74 pukulan dua di atas par sekaligus menutup saingan kejohanan selepas tiga pusingan dengan catatan keseluruhan 224 pukulan lapan di atas par.

“Saya gembira dengan keputusan yang telah dilakukan. Kelab Golf Kota Permai merupakan lapangan yang cantik dan mencabar.

“Saya kecewa dengan permainan di hari kedua kerana tidak mencatatkan pukulan dengan baik tetapi hari ini saya gembira kerana berjaya perbaiki catatan pukulan.

“Kemenangan ini menjadi bukti kerja keras yang telah saya lakukan dan usaha saya tampak telah membuahkan hasil,” kata Wang Enxi. - DETIK MALAYSIA

Keputusan

Kategori Lelaki A

  1. MUHAMMAD DANIAL MUHAMMAD NAZARI 74 71 74 - 219
  2. WOOSUNG SUN 74 74 75 - 223
  3. FELIX GAN YONG SU 79 74 74 - 227
  4. AMMAR AIMAN B. MOHD FAUZI 79 73 77 - 229
  5. LIU ZONGHAN 80 78 72 - 230


Kategori Perempuan A

  1. NUR BATRISYIA BALQIS BT. ABDUL GHANI 82 70 73 - 225
  2. NGO YI BELLE 74 76 76 - 226
  3. JAMIE TAN HUAN YING 76 74 76 - 226
  4. AYESHA GUPTA 76 80 72 - 228
  5. HIROKA YAMAMOTO 79 81 81 - 241 6.

Kategori Lelaki B

  1. Thitiwat Piturongkapituk 75 72 78  -  225
  2. MUHD AFHAM OTHMAn  75  78  77  -  230
  3. MARU CHOI 77  80 79  -  236
  4. Ngo Thanh Son 74 76 86  -  236
  5. BAE JINHYUK  80  80  78  -  238

Kategori Perempuan B

  1. Wang Enxi. 72 78  74  - 224
  2. Park Kyoungwon  76  76  75  -  227
  3. Jame Sim 76  76  76  -  228
  4. Nur Lyana Yasmin Ruzkinain 77  76  76  -  229
  5. NGUYEN BAO CHAU 77  78  75  -  230

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Debaran menjelang keputusan rayuan FAM isu pemain warisan
Next: Jangan guna kuasa ugut wartawan, kebenaran tak perlukan ancaman – Neow

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by